March, 2025

08Mar(Mar 8)9:00 AM22(Mar 22)6:00 PMBengkel NACC: Kesihatan Mental - Depresi, Bipolar, Skizofrenia, Serangan Kebimbangan, OCD dan Pengurusan Stres
Online via Zoom9:00 AM - 6:00 PM (22) Event Type:Webinar,Workshop Contact Hours: 6

Event Details

Pengenalan

Bahagian 1 & 2:
Gangguan mental, seperti kemurungan (depresi), bipolar, dan skizofrenia bukan sahaja memberi kesan kepada individu, tetapi juga ahli keluarga mereka, merebak kepada masyarakat dan gereja.

Oleh kerana kurangnya kesedaran dan pemahaman yang betul tentang pesakit mental, masyarakat memegang mitos dan salah anggapan gangguan mental. Pendekatan penjagaan yang penuh prihatin dan menjalin hubungan secara terapeutik boleh membantu dalam proses penyembuhan.

Bengkel ini akan memberi kesedaran tentang bagaimana gereja boleh membuat perubahan kepada penghidap dan bagaimana anggotanya boleh menjadi saluran penyembuhan yang kuat.

Bahagian 3:
Tekanan (stres) adalah bahagian normal dalam kehidupan — tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Dengan tekanan yang teruk, anda mempunyai tindak balas fizikal dan emosi terhadap pencetus tertentu yang boleh menyebabkan anda bimbang dan berasa gelisah.

Tekanan boleh berubah-ubah di tempat kerja atau di rumah, manakala situasi yang mencabar dan perubahan lain dalam hidup anda boleh mencetuskan stres. Segelintir daripada kita meluangkan masa untuk melegakan tekanan dalam rutin harian kita, yang membolehkan tekanan hilang atau bertambah.

Ada yang memanggilnya “pembunuh senyap”. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta tentang tekanan dan pengurusannya. Dengan kesedaran, kesan negatif tekanan dapat diminimumkan atau diharapkan dapat dicegah.

Sasaran

Semua pemimpin gereja, ibubapa, para muda-mudi dan guru-guru sekolah. Semoga melalui bengkel ini membawa kesedaran bahawa betapa pentingnya menjaga kesihatan mental bukan sekadar untuk orang dewasa tetapi juga untuk anak-anak kecil dan remaja.

Penceramah

Ibu Ilyana Widodo merupakan seorang Pastor, Kaunselor, Coach dan Pengasas Virtuous Women, Indonesia. Setelah menyelesaikan studi Master Pendidikan Kristian dalam bidang Pastoral Counselling dan memperoleh sertifikasi dalam beberapa pelatihan baik di dalam dan luar negeri, Tuhan mengarahkan pelayanan Pr. Illyana untuk mengembangkan pelayanan pemuridan, counseling & coaching.

Beliau aktif melayani baik di dunia sekuler mahupun di beberapa Lembaga Kristian, sebagai pengkhutbah, pengajar & baik di dalam & luar negeri.

Dalam kesehariannya sebagai seorang istri & ibu kepada dua orang anak, Pr. Illyana mendampingi suami, Pr Erwin Widodo, iaitu seorang Lead Pastor yang menggembalakan jemaah di OHCC – Tangerang.

Bersama suami, dipercayakan oleh Tuhan di dalam pelayanan pemulihan keluarga, juga mendirikan & memimpin beberapa pelayanan.

Tarikh

  • 8hb Mac 2025 (Sabtu) : Bahagian 1 – Depresi, Bipolar, Skizofrenia
  • 15hb Mac 2025 (Sabtu) : Bahagian 2 – Serangan Kebimbangan, OCD
  • 22hb Mac 2023 (Sabtu) : Bahagian 3 – Pengurusan Stres

Tempat

Via Applikasi Zoom

Pembayaran

  • RM210 untuk NACC members
  • RM300 untuk non-members

Contact Hours Awarded: 6 hours

Pendaftaran via email dan Online Transfer ke Bank account, dengan nama penuh dan membership number (jika ada):

Nama:  National Association of Christian Counsellors MBB A/C No. 5122 3134 8681

** Penting: Sila email slip pembayaran ke: office@nacc-malaysia.org atau ke 019-4596240/ 012-3501986

Contact Hours

6

Time

8 (Saturday) 9:00 AM - 22 (Saturday) 6:00 PM

Purchase Tickets

Price RM210.00

Total Price RM210.00

Speaker

  • Pastor Illyana Widodo

    Pastor Illyana Widodo

    Sejak mahasiswa, Pastor Illyana Widodo aktif dalam pelayanan. Setelah menyelesaikan studi Master Pendidikan Kristian dalam bidang Pastoral Counseling & memperoleh sertifikasi dalam beberapa pelatihan baik di dalam & luar negeri, Tuhan mengarahkan pelayanan Pr. Illyana untuk mengembangkan pelayanan pemuridan, counseling & coaching. Beliau aktif melayani baik di dunia sekuler mahupun di beberapa Lembaga Kristian, sebagai pengkhutbah, pengajar & trainer baik di dalam & luar negeri. Dalam kesehariannya sebagai seorang istri & ibu dari dua orang anak, Pr. Illyana mendampingi suami, Pr Erwin Widodo, iaitu seorang Lead Pastor yang menggembalakan jemaat di OHCC – Tangerang. Bersama suami, dipercayakan oleh Tuhan di dalam pelayanan pemulihan keluarga, juga mendirikan & memimpin beberapa pelayanan. Bagi Pr. Erwin dan Pr. Illyana, melayani Tuhan merupakan bentuk ucapan syukur atas kasih dan perbuatan Tuhan dalam kehidupan mereka. Seperti yang tertulis dalam Roma 11:36 bahwa : segala sesuatu adalah dari Dia, dan oleh Dia, dan kepada Dia.

X
X